Pages

Wednesday, 7 March 2012

Bila Syaitan berbisik


Wasiat yang Allah telah beri pada kita manusia, since before kita dilahirkan; Anak Adam dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya akan tipu helah dan penyesatan yang dibuat oleh musuh kita..IBLIS & SYAITAN.

Tujuan Iblis bukan untuk menyesatkan manusia semata, tetapi .. jika Anak-anak Adam mendapat keuntungan (pahala), biarlah tidak mendapat keuntungan yang banyak.

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan mungkar.   Dan kalau lah kita tidak kerana limpah kurniaan Allah SWT dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih daripada dosanya selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (24;21)

TIPU HELAH SYAITAN;

  • Tazyin (mempercantikkan/ diperhiaskan) : Sesuatu perkara yang berdosa untuk kita buat, tetapi, Syaitan telah mengaburi mata kita dan memperhiaskan perbuatan yang dilarang tadi sehingga kita tidak rasa itu berdosa.
Iblis berkata, "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, sesungguhnya aku akan MEMPERINDAHKAN segala jenis MAKSIAT kepada Adam dan zuriatnya di dunia in dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (15:39)

Syaitan tidak akan menyesatkan manusia dengan secara langsung as in today kita Abu Bakar As Siddiq,.. esok kita Abu Jahal.. NOPE! Syaitan akan Tazyin. Kita perlu faham and alert akan tipu daya Syaitan. Yang mana satu ke Jalan Allah yang mana ke jalan Syaitan. . and nak kenal jalan kita perlu teraskan diri dengan ilmu.

Jika maksiat pun kita tidak kenal, maka Syaitan telah berjaya Tazyin kan kemaksiatan itu. 

  • Talbis (Iblis/Syaitan masuk campur) : Dalam kita melakukan amal ibadah & perkara-perkara baik, Syaitan akan sentiasa berusaha untuk campur tangan/kacau.
Dalam solat kita pun dikacau Syaitan, sedang kita membaca surah Al-Fatihah, Syaitan akan sibukkan kita untuk membetulkan Makraj, harakat.. etc etc. Sedangkan kita sedang berbicara dengan Allah SWT.

Syaitan hanya mahukan HATI kita, mereka tidak hiraukan akan gemuk atau kurus nya badan kita. Bayangkan.. Alangkah sedih nya bila kita hidup sesama sendiri; Kotor, kita mandi kan. Lapar kita suapkan, sejuk, kita selimutkan. Bodoh, kita sekolahkan... tetapi HATI mereka milik SYAITAN. 

Senjata Syaitan hanya 2 : i)  Hasad (Punca Syaitan dilaknat oleh Allah dunia & akhirat)
ii) Tamak (Punca Adam turun ke bumi)

  • Taswif (melengah-lengahkan) : Bila kita terlanjur  berbuat dosa, dan tergerak hati kita untuk bertaubat dan berhijrah.. kemudian datanglah Iblis untuk menghasut untuk kita tidak bertaubat.. dan melambat-lambatkan taubat.
"Jangan lah kamu menunda-nundakan pekerjaan ke esok hari. Habiskanlah kerja hari ini selama mana yang kita mampu" -falsafah Orang Arab

*Doa untuk memberi kesedaran - Refer to (57:16)

  • Tahwinul Maksiat (meremeh-remehkan maksiat/dosa) : Bila kita membuat maksiat.. yang asal nya Dosa Besar tetapi diringankan oleh Syaitan. Asalnya susah untuk kita laku kan.. tetapi disenangkan oleh Syaitan.
"Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya sehingga dia tergamak membunuh saudaranya sendiri, lalu dia membunuhnya. Oleh itu, dia tergolong di kalangan orang yang rugi" (5:30)

Qabil dimudahkan oleh Syaitan untuk membunuh saudaranya sendiri. Hatinya berkata jangan! tetapi Syaitan mempermudahkannya. Ini semua adalah 'Talbis Iblis'.. perkara yang sangat berat dan luar biasa untuk dibuat tetapi dipermudahkan oleh hanya dengan satu bisikan Syaitan.

Syaitan tidak akan mengubah manusia dengan hanya sekelip mata. Membuat maksiat mula-mula sungguh berat kerana hati kita takut dan malu pada Allah, tetapi Syaitan tidak akan putus asa untuk berbisik.. maka kita kalah .. dan kita lakukan nya berkali-kali sehingga sudah tidak ada rasa berdosa dan takut pada Allah SWT. -Nauzubillah.

Apabila kita berkehendak untuk bertaubat, lalu Syaitan berbisik "Sesungguhnya dosa mu terrrrrlalu banyak, sedangkan masa kamu saaaaangat suntuk.. Adakah Allah akan ada masa untuk menerima taubat mu, sedang kan untuk bertaubat kamu perlu berhijrah, insaf". "Ala, kalau kamu taubat hari ini, esok kamu akan buat lagi. . nanti Allah lagi murka. Jadinya Alang-alang menyeluk pekasam biar rendam satu badan!" Bisikan Syaitan yang akan buat kita berputus asa.

Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada diri kita yang DAIF ini apabila esok Malaikat Maut datang menyapa? sedangkan dosa kita tinggi menggunung, malangnya kita asyik leka dan seronok MENUNDA untuk BERTAUBAT dan BERHIJRAH. 

Allah sentiasa bersedia untuk menerima taubat kita. "BELUM SAMPAI SERU" is just an excuse for us to escape. Seru dah sampai dari kita dilahirkan.

Dunia adalah tempat kita beribadah, dan isi dunia ada lah PERHIASAN semata. Akhirat nanti amalan kita akan dihisab, tak ada masa lagi untuk beribadah. Dan kehidupan Akhirat adalah KEKAL! 

Wallahualam

Assalammualaikum
FSAH

No comments:

Post a Comment