Pages

Wednesday, 21 March 2012

BFF & Musuh IBLIS

Kekasih Iblis ada beberapa golongan dari umat Nabi SAW:



  • Pemimpin yang zalim terhadap rakyatnya. Yang menjalankan tugas based on (berlandaskan) nafsu, dan tidak mengikut bimbingan Islam, Sunnah Nabi SAW.
  • Mereka yang sombong, angkuh yang menolak kebenaran Islam and Sunnah/Ajaran Nabi SAW dan merasakan diri itu benar (Bid'ah)
  • Orang yang kaya dengan harta TETAPI tidak tahu dan endah akan dari mana datang nya harta itu dan ke mana harta itu diinfakkan. (di akhirat nanti, Orang kaya akan LAMBAT dimasukkan ke Syurga beberapa tahun, mungkin puluhan tahun dari orang miskin, kerana soal jawab harta nya terhadap Allah SWT).
  • Orang yang berilmu, yang alim, tetapi membenarkan kesalahan yang dilakukan oleh tuan mereka yang lari dari ajaran Nabi SAW.
  • Mereka yang makan RIBA
  • Orang kaya yang BAKHIL
  • Peminum Arak, Penagih Dadah dan Maksiat-Maksiat lain - dan mereka yang melakukan nya tidak merasa bersalah dan malu kepada Allah dan sesama kaum Islam nya, walau sedikit pun.
Orang yang menjadi MUSUH IBLIS :

  • Musuh Iblis yang kekal adalah Nabi SAW
  • Mereka yang berilmu, dan beramal (practise) dengan ilmu yang diperolehinya. 
  • Orang yang rajin dan menjadikan AL-QURAN sebagai sahabat baik nya, dan mengamalkannya.
  • Tok Bilaal (Tukang Azan), yang memanggil orang muslim utk sujud kepada Allah.
  • Orang yang mempunyai hati yang lembut dan penuh dengan KASIH & SAYANG. -Apabila terpandang akan orang susah, tidak berkemampuan.. dia merasa simpati.
  • Orang yang TAWADHU'  akan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi SAW dan siapa-siapa sahaja penyampai maklumat itu, walaupun penyampaian itu sudah beratus tahun dahulu,  PERHATIKAN pada apa yang diperkatakan, jangan dilihat pada siapa yang memberi maklumat itu. kerana cinta dan takut nya kepada Allah SWT.
  • PEMUDA yang suka beribadah. Yang dalam kesibukan duniawi nya, ingatan nya masih pada Allah SWT.
  • Mereka yang apa yang dimakannya, dipakainya, ditunggangnya (dll) adalah HALAL.
  • Orang yang berjumpa dan berpisah kerana Allah SWT
  • Orang yang menyibukkan diri dalam masa kelapangan nya dengan berISTIQAMAH.
  • Orang yang berjaga untuk beribadah ketika orang sedang lena tidur, Tahajjud, Qiamulai, etc.
  • Orang yang sentiasa bersedia untuk menemui ajalnya.
Iblis sangat pintar dalam menyesatkan manusia, dan mereka tidak pernah berputus asa. Segala gerak geri manusia dipelajari mereka.

Cara untuk kita mengelakkan diri daripada disesatkan Iblis adalah dengan mengikut AL-QURAN dan HADITS Nabi SAW. Bila kita menyibukkan diri dengan berIstiqamah, Allah akan sentiasa melindungi kita dari bisikan Iblis.

Bersedekahlah selalu mengikut kemampuan kita, jadilah orang yang dermawan. Bersedekah tidak semestinya dengan duit atau harta, tetapi juga dengan senyuman, tolong-menolong dan pelbagai lagi, dan niat nya hanya kerana Allah SWT.

"Bersedekah ibarat air yang memadamkan Api Neraka"

Wallahualam.

Assalammualaikum.
FSAH

No comments:

Post a Comment