Pages

Thursday, 29 March 2012

Adakah Allah membalas cinta kita padaNYA?

Assalammualaikum to all my dear sisters and brothers,
ok, in today's post, i would like to share with you all about a few things yang berkenaan dengan akhlak and aqidah kita. Topic ni saya pelajari from class Aqidah saya harini. so here it goes:

Al Walaq
Cinta atau Mencintai Allah SWT

Al Baroq
Dicintai Allah SWT

Nabi SAW telah memberitahu kita tentang contoh-contoh dan tanda-tanda orang yang Walaq'
  • Taufiq - Orang yang berusaha untuk menambahkan kebaikan kepada Allah SWT.
Kita mungkin mencintai Allah SWT, tetapi adakah Allah mencintai kita? Adakah cinta kita dibalas oleh NYA?

Bagaimanakah caranya untuk cinta kita dibalasNya?
  • Lihat dan kaji lah Quran yang bertulis "Aku cinta/suka akan mereka yang.." (etc) Yang mana lagi banyak disebut akan cinta Nya, maka banyakkanlah practise kita dalam mengikut perintahNya itu.
Siapakah yang dicintai Allah?
  1. Orang Mokhsin - "Dan belanjakanlah harta bendamu dijalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik." Al-Baqarah : 195
Jika kita menjadi dermawan (Ikhsan), suka kongsi harta, ilmu atau apa sahaja yang kita mampu untuk berkongsi bagi mereka yang hartawan, karyawan, ilmuan, etc kita akan disukai dan dicintai oleh Allah dengan hanya satu niat, LILLAHI..kerana Dermawan adalah lebih baik dan mulia dari cendekiawan yang lokek.

Orang yang bakhil, kedudukan nya beratus juta batu (jauh) dari Syurga, maka secara tidak langsung juga mereka jauh dari Allah SWT. Kerana kita perlu sedar, segala harta yang kita miliki ini, orang yang tidak berkemampuan mempunyai hak atas nya, kerana harta ini BUKAN MILIK KITA, sebaliknya milik ALLAH. Sedangkan diri kita pun milik Allah, ini kan pula duit ringgit, handbags, kereta, etc etc.

Mokhsin ke-2 Allah cintai :

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun ketika sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat KEBAJIKAN." Al- Imran :134

Orang yang Allah sukai adalah apabila orang yang boleh berbuat sesuatu yang dilarang, berkemampuan untuk melakukannya, tetapi memilih untuk tidak melakukannya. seperti: apabila marah, pilih untuk tenang. apabila diberi peluang untuk mengumpat, pilih untuk berdiam diri. apabila diberi peluang untuk melakukan maksiat, pilih untuk takut pada Allah. etc

Apa rezeki yang kita ada sekarang, kita habiskan, apa yang kita simpan, miliki, tidak tentu kita dapat menikamatinya dan akan dinikmati oleh mereka yang diwasiat kan, ditinggalkan. Contoh nya, pencen, kereta, rumah, etc so what's left for US then?  -Apa yang mereka nikmati itulah, nikmat dan pahalanya kta dapat.. dan itulah ganjaran bagi mereka yang dermawan dan ikhlas kerana Allah SWT

Mokhsin ke-3 : "Kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan Allah SWT dari tempat-tempatnya, dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad SAW) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka dan biarkalah mereka, sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik." Al Maaidah : 13

Mereka yang meninggalkan perintah Allah bukan kerena kehendak mereka sendiri adalah dikalangan orang yang Munafik.

Pemaaf/memaafkan kesalahan sesama insan yang diberikan sebelum diminta untuk dimaafkan adalah bertentangan dengan BUDAYA kita, so kalau dikirakan, kita lagi banyak buat salah kepada orang yang kita kenal dan tak kenal (mengumpat, mencuri, mengata, etc) sebab itu Allah SWT menyuruh kita memaafkan mereka yang pernah berbuat jahat kepada kita, SEBELUM mereka meminta maaf daripada kita kerana dengan berbuat demikian, mereka yang telah kita aniaya akan dibuka hati nya utk memaafkan kita.

Orang yang berdendam, .. dimanakah "LAAILLAHAILLALLAHnya? kerana mereka yang berdendam akan terjejas Aqidahnya.

Mereka yang memaafkan kepada apa yang AKAN berlaku di panggil AS-SOFHU. Kesediaan secara rohani, supaya tidak tersinggung dari kecewa atas benda yang sama berkali-kali.

Macam mana nak tahu Allah redha kita? senang, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang dan YAKINLAH.

"Tidah ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap juga bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah MENYUKAI orang-oran yang BERBUAT KEBAJIKAN" Al-Maaidah : 93

Qhusnul Qhuluk : Mereka yang baik budi pekerti, Akhlak yang mulia. Tidak ada maknanya bagi seseorang itu jika Aqidahnya dibersihkan dari Bida'ah tetapi Akhlaknya tidak bagus. Suka cari gaduh, sakit kan hati orang, mengadu domba, etc etc.

Amalan yang BANYAK dipertimbangkan di NERAKA nanti adalah Qhusnul Qhuluk. Mereka yang banyak DIMASUKKAN ke dalam Syurga pun kerana Qhusnul Qhuluk.

Perbezaan pendapat perbezaan kadang-kadang hanya dari sudut pandang. Kita harus sentiasa peka dan bersedia untuk menerima perbezaan dari segi pendapat dari orang lain. Jangan dijadikan satu issue untuk memulakan perbalahan dan berpuak-puak. Sedangkan Ulama' pun berbeza pendapat sesama sendiri, tapi tidak pula menjadi issue.


Memaafkan tidak boleh mengubah masa lalu tapi pasti ia dapat memperbetulkan masa akan datang. Selamatkan Aqidah diri sendiri sebelum sibuk mencari kesalahan orang sebelah.


Wallahualam

Assalammualaikum,
FSAH

No comments:

Post a Comment