Pages

Friday, 9 March 2012

Sabar Nur Iman



Sabar itu adalah menahan diri dari kemampuan diri kita untuk bercerita, atau mengadu masalah peribadi atau keluarga atau GOSSIP kepada orang ramai, kawan karib mahu pun family. Sedangkan kita tahu orang ramai yang sebaik mana dan sebagus mana pun tidak dapat membantu dan menenangkan kita.


Mengadulah kita tentang permasalahan kita kepada Allah SWT..


"Dan mintalah pertolongan kepada Allah SWT dengan jalan BERSABAR dan mengerakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang kusyuk" (2:45)


"Sesungguhnya kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut terhadap musuh, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan hasil tanaman. Sampaikalah berita gembira kepada orang yang bersabar."  (2:155)


Percayalah, hanya orang yang bermasalah sahaja yang akan kusyuk didalam solatnya. Hanya mereka yang mengenangkan dosa mereka sahaja yang akan kusyuk dalam solat nya. Hanya mereka yang takut akan azabNya sahaja yang akan kusyuk dalam solatnya. Mereka yang terlalu asyik dek duniawi, terlalu megah akan harta dan pangkat sehingga merasa memiliki dan tiada kekurangan, maka solat nya takkan kusyuk malah akan selalu hilang dek duniawi didalam solat nya sendiri.


Perlulah kita saling meningati bahawa, MUSIBAH dan UJIAN Allah adalah satu KEMESTIAN! Mereka yang sentiasa bersabar, memiliki sifat 'Istirjak', iaitu mereka tahu apa yang dimiliki bukan hak milik mereka. 


"Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersabar berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di duinia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui batas kebenaran."  (18:28)


Janganlah kita berpaling dan menyombongkan diri dengan mereka yang fakir pada hartanya kerana perbuatan itu sangat-sangat tidak disukai Allah dan tidak juga diajar oleh Nabi SAW. Jangan juga kita memperbanding-bandingkan kehidupan (lifestyle) kita dengan mereka kerana dengan berbuat demikian, akan buat kita terlalu bersenang dengan harta yang bukan milik kita.


Pandangan masyarakat modern kita sekarang:


"Membantu orang miskin boleh menaikkan imej, berkawan dengan orang miskin boleh menjatuhkan imej" -Ustaz Kariman.


Setiap perintah Allah yang diberi pada kita perlu dilakukan dengan penuh kesabaran, dan janganlah kita melakukan nya dengan menggunakan akal. Laku kan perintah nya dengan menggunakan hati dan Iman.



  • Sabar kepada IBADAH : Kemampuan diri untuk mengatakan YA kepada AMAL IBADAH seperti Solat, Zakat, Sedekah, Puasa, Tahajjud, etc.
  • Sabar kepada MAKSIAT : kemampuan diri untuk mengatakan TIDAK kepada MAKSIAT yang boleh menimbulkan fitnah diri dan kemudaratan.
Sembahlah Allah dengan penuh keimanan dan kesabaran. Sembahlah ALLAH seperti kita melihatNYA. Jika gagal, maka YAKINLAH bahawa Allah sedang melihat kita dan mendengar setiap doa kita. Mengadu dan menangislah kita padaNya. Apalah sangat menangis dengan kawan rapat jika dibandingkan dengan menangis kepada Allah yang Maha Mendengar yang Maha Mengetahui akan apa yang tersirat dalam hati kita.

Simpanlah niat sabar kita sedalam-dalamnya seperti kita menanam benih di dalam tanah yang subur. Supaya ia tidak pupus malah bertumbuh dan akar kesabaran itu makin kuat. Niat hanya satu..

"LILLAHI"

Berbuat baik dan dibalas baik    : Perkara Biasa 
Berbuat jahat dan dibalas jahat   : Perasaan Dendam
Berbuat jahat dan dibalas jahat   : Perbuatan Zalim
Berbuat jahat dan dibalas baik   : Perbuatan yang HEBAT! -tindakan ini menunjukkan tahap kesabaran yang ada pada seseorang yang dizalimi. Orang sebegini sangat dipandang tinggi oleh Allah SWT dan akan sentiasa dilindungiNya.

Haruslah kita menolong mereka yang dulu berpaling dari menolong kita. Sambungkanlah silaturrahim dengan mereka yang telah memutuskannya kerana Islam sangat pentingkan talian persaudaraan sesama manusia mahupun kita kepada orang kafir (yang tidak mengecam Agama dan Aqidah kita).

Bersabarlah dengan dugaan sesama manusia, bukan dengan melarikan diri atau mengendahkan mereka. Kerana itu adalah salah satu peluang kita untuk bersabar, maka bersyukurlah kerana Allah masih mahu menyayangi kita. 

Setiap saat, hati dan diri kita perlu sentiasa bersedia untuk ditimpa masalah dan musibah, kerana kesabaran bukan perintah yang boleh ditunda-tunda. Ujian kesabaran datangnya hanya apabila dikehendakiNya dan jika tiada sabar dalam jiwa dan diri kita, Syaitan akan senang untuk menguasai hati dan minda kita.

Jadikanlah Allah tempat kita bersandar. Jadikanlah Allah tempat kita meluah rasa. Kerana Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya walau sedikit pun. Jika kita mengingatiNya ketika kita di dalam kegembiraan, Allah akan menyenangkan kita ketika kita dalam kesusahan. Insyaallah.

Wallahualam

Assalammualaikum,
FSAH


No comments:

Post a Comment