April fool,.. mula diraikan di suatu daerah Spain kerana untuk menghapuskan Islam. Mereka membakar, mendera orang-orang Islam pada zaman itu, tidak kira jantina dan umur... Mereka benar-benar ingin menakluki negara tersebut tanpa kedatangan orang Islam. Kekejaman terus berlaku sehinggakan orang Islam terpaksa menyorok... Kemudian, Orang-orang Spain tidak terus berputus asa, dan ditawarnya Orang Islam untuk keluar dari tempat sorok mereka, dan akan diberi kapal-kapal besar untuk mereka keluar dari negara tersebut dengan dalam keadaan aman, tanpa kekejaman.
Tetapi orang-orang Islam tidak terus percaya akan tawaran tersebut, khuatir akan ditipu mereka... lama kelamaan, Orang-orang kafir berjaya meng'convince' mereka, lalu mereka terus berkemas, packing, bersiap sedia untuk keluar dari tempat mereka menyorok... lalu bergegas menuju ke kapal-kapal besar itu, kerana orang-orang Spain ingin menakluki negara tersebut, selepas keluar sahaja orang Islam dari tempat sorokan mereka, rumah dan barang-barang terus dibakar oleh orang kafir, ... tidak sempat sampai ke kapal besar itu, mereka juga habis dibakar hidup-hidup... lelaki, wanita, anak-anak kecil.. semua diperlakukan dengan kekejaman yang amat hebat.
Dengan hapus dan tertipunya orang-orang Islam di Spain, maka mereka meraikan APRIL FOOL setiap tahun hingga sekarang... dan ini adalah amalan ritual mereka. Dengan itu, HARAM lah bagi kita meraikan April Fool... (kena-kena kan orang, wish bagai...etc etc).
The choice is in your hand, kita akan bertanggungjawab dengan amalan yang kita buat and practise selama kita hidup... so think wisely! because, when it comes to aqidah, kalau kita terlepas pandang and ambil ringan.. boleh berlaku syirik. Nauzubillah. so jangan membetulkan perkara yang memang salah!
Wallahualam.
Assalammualaikum,
FSAH
Saturday, 31 March 2012
Thursday, 29 March 2012
Adakah Allah membalas cinta kita padaNYA?
Assalammualaikum to all my dear sisters and brothers,
ok, in today's post, i would like to share with you all about a few things yang berkenaan dengan akhlak and aqidah kita. Topic ni saya pelajari from class Aqidah saya harini. so here it goes:
Al Walaq
Cinta atau Mencintai Allah SWT
Al Baroq
Dicintai Allah SWT
Nabi SAW telah memberitahu kita tentang contoh-contoh dan tanda-tanda orang yang Walaq'
Bagaimanakah caranya untuk cinta kita dibalasNya?
Orang yang bakhil, kedudukan nya beratus juta batu (jauh) dari Syurga, maka secara tidak langsung juga mereka jauh dari Allah SWT. Kerana kita perlu sedar, segala harta yang kita miliki ini, orang yang tidak berkemampuan mempunyai hak atas nya, kerana harta ini BUKAN MILIK KITA, sebaliknya milik ALLAH. Sedangkan diri kita pun milik Allah, ini kan pula duit ringgit, handbags, kereta, etc etc.
Mokhsin ke-2 Allah cintai :
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun ketika sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat KEBAJIKAN." Al- Imran :134
Orang yang Allah sukai adalah apabila orang yang boleh berbuat sesuatu yang dilarang, berkemampuan untuk melakukannya, tetapi memilih untuk tidak melakukannya. seperti: apabila marah, pilih untuk tenang. apabila diberi peluang untuk mengumpat, pilih untuk berdiam diri. apabila diberi peluang untuk melakukan maksiat, pilih untuk takut pada Allah. etc
Apa rezeki yang kita ada sekarang, kita habiskan, apa yang kita simpan, miliki, tidak tentu kita dapat menikamatinya dan akan dinikmati oleh mereka yang diwasiat kan, ditinggalkan. Contoh nya, pencen, kereta, rumah, etc so what's left for US then? -Apa yang mereka nikmati itulah, nikmat dan pahalanya kta dapat.. dan itulah ganjaran bagi mereka yang dermawan dan ikhlas kerana Allah SWT
Mokhsin ke-3 : "Kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan Allah SWT dari tempat-tempatnya, dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad SAW) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka dan biarkalah mereka, sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik." Al Maaidah : 13
Mereka yang meninggalkan perintah Allah bukan kerena kehendak mereka sendiri adalah dikalangan orang yang Munafik.
Pemaaf/memaafkan kesalahan sesama insan yang diberikan sebelum diminta untuk dimaafkan adalah bertentangan dengan BUDAYA kita, so kalau dikirakan, kita lagi banyak buat salah kepada orang yang kita kenal dan tak kenal (mengumpat, mencuri, mengata, etc) sebab itu Allah SWT menyuruh kita memaafkan mereka yang pernah berbuat jahat kepada kita, SEBELUM mereka meminta maaf daripada kita kerana dengan berbuat demikian, mereka yang telah kita aniaya akan dibuka hati nya utk memaafkan kita.
Orang yang berdendam, .. dimanakah "LAAILLAHAILLALLAHnya? kerana mereka yang berdendam akan terjejas Aqidahnya.
Mereka yang memaafkan kepada apa yang AKAN berlaku di panggil AS-SOFHU. Kesediaan secara rohani, supaya tidak tersinggung dari kecewa atas benda yang sama berkali-kali.
Macam mana nak tahu Allah redha kita? senang, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang dan YAKINLAH.
"Tidah ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap juga bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah MENYUKAI orang-oran yang BERBUAT KEBAJIKAN" Al-Maaidah : 93
Qhusnul Qhuluk : Mereka yang baik budi pekerti, Akhlak yang mulia. Tidak ada maknanya bagi seseorang itu jika Aqidahnya dibersihkan dari Bida'ah tetapi Akhlaknya tidak bagus. Suka cari gaduh, sakit kan hati orang, mengadu domba, etc etc.
Amalan yang BANYAK dipertimbangkan di NERAKA nanti adalah Qhusnul Qhuluk. Mereka yang banyak DIMASUKKAN ke dalam Syurga pun kerana Qhusnul Qhuluk.
Perbezaan pendapat perbezaan kadang-kadang hanya dari sudut pandang. Kita harus sentiasa peka dan bersedia untuk menerima perbezaan dari segi pendapat dari orang lain. Jangan dijadikan satu issue untuk memulakan perbalahan dan berpuak-puak. Sedangkan Ulama' pun berbeza pendapat sesama sendiri, tapi tidak pula menjadi issue.

- Taufiq - Orang yang berusaha untuk menambahkan kebaikan kepada Allah SWT.
Bagaimanakah caranya untuk cinta kita dibalasNya?
- Lihat dan kaji lah Quran yang bertulis "Aku cinta/suka akan mereka yang.." (etc) Yang mana lagi banyak disebut akan cinta Nya, maka banyakkanlah practise kita dalam mengikut perintahNya itu.
- Orang Mokhsin - "Dan belanjakanlah harta bendamu dijalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik." Al-Baqarah : 195
Orang yang bakhil, kedudukan nya beratus juta batu (jauh) dari Syurga, maka secara tidak langsung juga mereka jauh dari Allah SWT. Kerana kita perlu sedar, segala harta yang kita miliki ini, orang yang tidak berkemampuan mempunyai hak atas nya, kerana harta ini BUKAN MILIK KITA, sebaliknya milik ALLAH. Sedangkan diri kita pun milik Allah, ini kan pula duit ringgit, handbags, kereta, etc etc.
Mokhsin ke-2 Allah cintai :
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun ketika sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat KEBAJIKAN." Al- Imran :134
Orang yang Allah sukai adalah apabila orang yang boleh berbuat sesuatu yang dilarang, berkemampuan untuk melakukannya, tetapi memilih untuk tidak melakukannya. seperti: apabila marah, pilih untuk tenang. apabila diberi peluang untuk mengumpat, pilih untuk berdiam diri. apabila diberi peluang untuk melakukan maksiat, pilih untuk takut pada Allah. etc
Apa rezeki yang kita ada sekarang, kita habiskan, apa yang kita simpan, miliki, tidak tentu kita dapat menikamatinya dan akan dinikmati oleh mereka yang diwasiat kan, ditinggalkan. Contoh nya, pencen, kereta, rumah, etc so what's left for US then? -Apa yang mereka nikmati itulah, nikmat dan pahalanya kta dapat.. dan itulah ganjaran bagi mereka yang dermawan dan ikhlas kerana Allah SWT
Mokhsin ke-3 : "Kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan Allah SWT dari tempat-tempatnya, dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad SAW) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka dan biarkalah mereka, sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang berbuat baik." Al Maaidah : 13
Mereka yang meninggalkan perintah Allah bukan kerena kehendak mereka sendiri adalah dikalangan orang yang Munafik.
Pemaaf/memaafkan kesalahan sesama insan yang diberikan sebelum diminta untuk dimaafkan adalah bertentangan dengan BUDAYA kita, so kalau dikirakan, kita lagi banyak buat salah kepada orang yang kita kenal dan tak kenal (mengumpat, mencuri, mengata, etc) sebab itu Allah SWT menyuruh kita memaafkan mereka yang pernah berbuat jahat kepada kita, SEBELUM mereka meminta maaf daripada kita kerana dengan berbuat demikian, mereka yang telah kita aniaya akan dibuka hati nya utk memaafkan kita.
Orang yang berdendam, .. dimanakah "LAAILLAHAILLALLAHnya? kerana mereka yang berdendam akan terjejas Aqidahnya.
Mereka yang memaafkan kepada apa yang AKAN berlaku di panggil AS-SOFHU. Kesediaan secara rohani, supaya tidak tersinggung dari kecewa atas benda yang sama berkali-kali.
Macam mana nak tahu Allah redha kita? senang, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang dan YAKINLAH.
"Tidah ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap juga bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah MENYUKAI orang-oran yang BERBUAT KEBAJIKAN" Al-Maaidah : 93
Qhusnul Qhuluk : Mereka yang baik budi pekerti, Akhlak yang mulia. Tidak ada maknanya bagi seseorang itu jika Aqidahnya dibersihkan dari Bida'ah tetapi Akhlaknya tidak bagus. Suka cari gaduh, sakit kan hati orang, mengadu domba, etc etc.
Amalan yang BANYAK dipertimbangkan di NERAKA nanti adalah Qhusnul Qhuluk. Mereka yang banyak DIMASUKKAN ke dalam Syurga pun kerana Qhusnul Qhuluk.
Perbezaan pendapat perbezaan kadang-kadang hanya dari sudut pandang. Kita harus sentiasa peka dan bersedia untuk menerima perbezaan dari segi pendapat dari orang lain. Jangan dijadikan satu issue untuk memulakan perbalahan dan berpuak-puak. Sedangkan Ulama' pun berbeza pendapat sesama sendiri, tapi tidak pula menjadi issue.
Memaafkan tidak boleh mengubah masa lalu tapi pasti ia dapat memperbetulkan masa akan datang. Selamatkan Aqidah diri sendiri sebelum sibuk mencari kesalahan orang sebelah.
Wallahualam
Assalammualaikum,
FSAH
Wednesday, 21 March 2012
BFF & Musuh IBLIS
Kekasih Iblis ada beberapa golongan dari umat Nabi SAW:
- Pemimpin yang zalim terhadap rakyatnya. Yang menjalankan tugas based on (berlandaskan) nafsu, dan tidak mengikut bimbingan Islam, Sunnah Nabi SAW.
- Mereka yang sombong, angkuh yang menolak kebenaran Islam and Sunnah/Ajaran Nabi SAW dan merasakan diri itu benar (Bid'ah)
- Orang yang kaya dengan harta TETAPI tidak tahu dan endah akan dari mana datang nya harta itu dan ke mana harta itu diinfakkan. (di akhirat nanti, Orang kaya akan LAMBAT dimasukkan ke Syurga beberapa tahun, mungkin puluhan tahun dari orang miskin, kerana soal jawab harta nya terhadap Allah SWT).
- Orang yang berilmu, yang alim, tetapi membenarkan kesalahan yang dilakukan oleh tuan mereka yang lari dari ajaran Nabi SAW.
- Mereka yang makan RIBA
- Orang kaya yang BAKHIL
- Peminum Arak, Penagih Dadah dan Maksiat-Maksiat lain - dan mereka yang melakukan nya tidak merasa bersalah dan malu kepada Allah dan sesama kaum Islam nya, walau sedikit pun.
Orang yang menjadi MUSUH IBLIS :
- Musuh Iblis yang kekal adalah Nabi SAW
- Mereka yang berilmu, dan beramal (practise) dengan ilmu yang diperolehinya.
- Orang yang rajin dan menjadikan AL-QURAN sebagai sahabat baik nya, dan mengamalkannya.
- Tok Bilaal (Tukang Azan), yang memanggil orang muslim utk sujud kepada Allah.
- Orang yang mempunyai hati yang lembut dan penuh dengan KASIH & SAYANG. -Apabila terpandang akan orang susah, tidak berkemampuan.. dia merasa simpati.
- Orang yang TAWADHU' akan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi SAW dan siapa-siapa sahaja penyampai maklumat itu, walaupun penyampaian itu sudah beratus tahun dahulu, PERHATIKAN pada apa yang diperkatakan, jangan dilihat pada siapa yang memberi maklumat itu. kerana cinta dan takut nya kepada Allah SWT.
- PEMUDA yang suka beribadah. Yang dalam kesibukan duniawi nya, ingatan nya masih pada Allah SWT.
- Mereka yang apa yang dimakannya, dipakainya, ditunggangnya (dll) adalah HALAL.
- Orang yang berjumpa dan berpisah kerana Allah SWT
- Orang yang menyibukkan diri dalam masa kelapangan nya dengan berISTIQAMAH.
- Orang yang berjaga untuk beribadah ketika orang sedang lena tidur, Tahajjud, Qiamulai, etc.
- Orang yang sentiasa bersedia untuk menemui ajalnya.
Iblis sangat pintar dalam menyesatkan manusia, dan mereka tidak pernah berputus asa. Segala gerak geri manusia dipelajari mereka.
Cara untuk kita mengelakkan diri daripada disesatkan Iblis adalah dengan mengikut AL-QURAN dan HADITS Nabi SAW. Bila kita menyibukkan diri dengan berIstiqamah, Allah akan sentiasa melindungi kita dari bisikan Iblis.
Bersedekahlah selalu mengikut kemampuan kita, jadilah orang yang dermawan. Bersedekah tidak semestinya dengan duit atau harta, tetapi juga dengan senyuman, tolong-menolong dan pelbagai lagi, dan niat nya hanya kerana Allah SWT.
"Bersedekah ibarat air yang memadamkan Api Neraka"
Wallahualam.
Assalammualaikum.
FSAH
Friday, 9 March 2012
Sabar Nur Iman
Sabar itu adalah menahan diri dari kemampuan diri kita untuk bercerita, atau mengadu masalah peribadi atau keluarga atau GOSSIP kepada orang ramai, kawan karib mahu pun family. Sedangkan kita tahu orang ramai yang sebaik mana dan sebagus mana pun tidak dapat membantu dan menenangkan kita.
Mengadulah kita tentang permasalahan kita kepada Allah SWT..
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah SWT dengan jalan BERSABAR dan mengerakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang kusyuk" (2:45)
"Sesungguhnya kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut terhadap musuh, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan hasil tanaman. Sampaikalah berita gembira kepada orang yang bersabar." (2:155)
Percayalah, hanya orang yang bermasalah sahaja yang akan kusyuk didalam solatnya. Hanya mereka yang mengenangkan dosa mereka sahaja yang akan kusyuk dalam solat nya. Hanya mereka yang takut akan azabNya sahaja yang akan kusyuk dalam solatnya. Mereka yang terlalu asyik dek duniawi, terlalu megah akan harta dan pangkat sehingga merasa memiliki dan tiada kekurangan, maka solat nya takkan kusyuk malah akan selalu hilang dek duniawi didalam solat nya sendiri.
Perlulah kita saling meningati bahawa, MUSIBAH dan UJIAN Allah adalah satu KEMESTIAN! Mereka yang sentiasa bersabar, memiliki sifat 'Istirjak', iaitu mereka tahu apa yang dimiliki bukan hak milik mereka.
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersabar berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di duinia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui batas kebenaran." (18:28)
Janganlah kita berpaling dan menyombongkan diri dengan mereka yang fakir pada hartanya kerana perbuatan itu sangat-sangat tidak disukai Allah dan tidak juga diajar oleh Nabi SAW. Jangan juga kita memperbanding-bandingkan kehidupan (lifestyle) kita dengan mereka kerana dengan berbuat demikian, akan buat kita terlalu bersenang dengan harta yang bukan milik kita.
Pandangan masyarakat modern kita sekarang:
"Membantu orang miskin boleh menaikkan imej, berkawan dengan orang miskin boleh menjatuhkan imej" -Ustaz Kariman.
Setiap perintah Allah yang diberi pada kita perlu dilakukan dengan penuh kesabaran, dan janganlah kita melakukan nya dengan menggunakan akal. Laku kan perintah nya dengan menggunakan hati dan Iman.
- Sabar kepada IBADAH : Kemampuan diri untuk mengatakan YA kepada AMAL IBADAH seperti Solat, Zakat, Sedekah, Puasa, Tahajjud, etc.
- Sabar kepada MAKSIAT : kemampuan diri untuk mengatakan TIDAK kepada MAKSIAT yang boleh menimbulkan fitnah diri dan kemudaratan.
Sembahlah Allah dengan penuh keimanan dan kesabaran. Sembahlah ALLAH seperti kita melihatNYA. Jika gagal, maka YAKINLAH bahawa Allah sedang melihat kita dan mendengar setiap doa kita. Mengadu dan menangislah kita padaNya. Apalah sangat menangis dengan kawan rapat jika dibandingkan dengan menangis kepada Allah yang Maha Mendengar yang Maha Mengetahui akan apa yang tersirat dalam hati kita.
Simpanlah niat sabar kita sedalam-dalamnya seperti kita menanam benih di dalam tanah yang subur. Supaya ia tidak pupus malah bertumbuh dan akar kesabaran itu makin kuat. Niat hanya satu..
"LILLAHI"
Berbuat baik dan dibalas baik : Perkara Biasa
Berbuat jahat dan dibalas jahat : Perasaan Dendam
Berbuat jahat dan dibalas jahat : Perbuatan Zalim
Berbuat jahat dan dibalas baik : Perbuatan yang HEBAT! -tindakan ini menunjukkan tahap kesabaran yang ada pada seseorang yang dizalimi. Orang sebegini sangat dipandang tinggi oleh Allah SWT dan akan sentiasa dilindungiNya.
Haruslah kita menolong mereka yang dulu berpaling dari menolong kita. Sambungkanlah silaturrahim dengan mereka yang telah memutuskannya kerana Islam sangat pentingkan talian persaudaraan sesama manusia mahupun kita kepada orang kafir (yang tidak mengecam Agama dan Aqidah kita).
Bersabarlah dengan dugaan sesama manusia, bukan dengan melarikan diri atau mengendahkan mereka. Kerana itu adalah salah satu peluang kita untuk bersabar, maka bersyukurlah kerana Allah masih mahu menyayangi kita.
Setiap saat, hati dan diri kita perlu sentiasa bersedia untuk ditimpa masalah dan musibah, kerana kesabaran bukan perintah yang boleh ditunda-tunda. Ujian kesabaran datangnya hanya apabila dikehendakiNya dan jika tiada sabar dalam jiwa dan diri kita, Syaitan akan senang untuk menguasai hati dan minda kita.
Jadikanlah Allah tempat kita bersandar. Jadikanlah Allah tempat kita meluah rasa. Kerana Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya walau sedikit pun. Jika kita mengingatiNya ketika kita di dalam kegembiraan, Allah akan menyenangkan kita ketika kita dalam kesusahan. Insyaallah.
Wallahualam
Assalammualaikum,
FSAH
Wednesday, 7 March 2012
Bila Syaitan berbisik
Wasiat yang Allah telah beri pada kita manusia, since before kita dilahirkan; Anak Adam dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya akan tipu helah dan penyesatan yang dibuat oleh musuh kita..IBLIS & SYAITAN.
Tujuan Iblis bukan untuk menyesatkan manusia semata, tetapi .. jika Anak-anak Adam mendapat keuntungan (pahala), biarlah tidak mendapat keuntungan yang banyak.
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan mungkar. Dan kalau lah kita tidak kerana limpah kurniaan Allah SWT dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih daripada dosanya selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (24;21)
TIPU HELAH SYAITAN;
- Tazyin (mempercantikkan/ diperhiaskan) : Sesuatu perkara yang berdosa untuk kita buat, tetapi, Syaitan telah mengaburi mata kita dan memperhiaskan perbuatan yang dilarang tadi sehingga kita tidak rasa itu berdosa.
Iblis berkata, "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, sesungguhnya aku akan MEMPERINDAHKAN segala jenis MAKSIAT kepada Adam dan zuriatnya di dunia in dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (15:39)
Syaitan tidak akan menyesatkan manusia dengan secara langsung as in today kita Abu Bakar As Siddiq,.. esok kita Abu Jahal.. NOPE! Syaitan akan Tazyin. Kita perlu faham and alert akan tipu daya Syaitan. Yang mana satu ke Jalan Allah yang mana ke jalan Syaitan. . and nak kenal jalan kita perlu teraskan diri dengan ilmu.
Jika maksiat pun kita tidak kenal, maka Syaitan telah berjaya Tazyin kan kemaksiatan itu.
- Talbis (Iblis/Syaitan masuk campur) : Dalam kita melakukan amal ibadah & perkara-perkara baik, Syaitan akan sentiasa berusaha untuk campur tangan/kacau.
Dalam solat kita pun dikacau Syaitan, sedang kita membaca surah Al-Fatihah, Syaitan akan sibukkan kita untuk membetulkan Makraj, harakat.. etc etc. Sedangkan kita sedang berbicara dengan Allah SWT.
Syaitan hanya mahukan HATI kita, mereka tidak hiraukan akan gemuk atau kurus nya badan kita. Bayangkan.. Alangkah sedih nya bila kita hidup sesama sendiri; Kotor, kita mandi kan. Lapar kita suapkan, sejuk, kita selimutkan. Bodoh, kita sekolahkan... tetapi HATI mereka milik SYAITAN.
Senjata Syaitan hanya 2 : i) Hasad (Punca Syaitan dilaknat oleh Allah dunia & akhirat)
ii) Tamak (Punca Adam turun ke bumi)
- Taswif (melengah-lengahkan) : Bila kita terlanjur berbuat dosa, dan tergerak hati kita untuk bertaubat dan berhijrah.. kemudian datanglah Iblis untuk menghasut untuk kita tidak bertaubat.. dan melambat-lambatkan taubat.
"Jangan lah kamu menunda-nundakan pekerjaan ke esok hari. Habiskanlah kerja hari ini selama mana yang kita mampu" -falsafah Orang Arab
*Doa untuk memberi kesedaran - Refer to (57:16)
- Tahwinul Maksiat (meremeh-remehkan maksiat/dosa) : Bila kita membuat maksiat.. yang asal nya Dosa Besar tetapi diringankan oleh Syaitan. Asalnya susah untuk kita laku kan.. tetapi disenangkan oleh Syaitan.
"Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya sehingga dia tergamak membunuh saudaranya sendiri, lalu dia membunuhnya. Oleh itu, dia tergolong di kalangan orang yang rugi" (5:30)
Qabil dimudahkan oleh Syaitan untuk membunuh saudaranya sendiri. Hatinya berkata jangan! tetapi Syaitan mempermudahkannya. Ini semua adalah 'Talbis Iblis'.. perkara yang sangat berat dan luar biasa untuk dibuat tetapi dipermudahkan oleh hanya dengan satu bisikan Syaitan.
Syaitan tidak akan mengubah manusia dengan hanya sekelip mata. Membuat maksiat mula-mula sungguh berat kerana hati kita takut dan malu pada Allah, tetapi Syaitan tidak akan putus asa untuk berbisik.. maka kita kalah .. dan kita lakukan nya berkali-kali sehingga sudah tidak ada rasa berdosa dan takut pada Allah SWT. -Nauzubillah.
Apabila kita berkehendak untuk bertaubat, lalu Syaitan berbisik "Sesungguhnya dosa mu terrrrrlalu banyak, sedangkan masa kamu saaaaangat suntuk.. Adakah Allah akan ada masa untuk menerima taubat mu, sedang kan untuk bertaubat kamu perlu berhijrah, insaf". "Ala, kalau kamu taubat hari ini, esok kamu akan buat lagi. . nanti Allah lagi murka. Jadinya Alang-alang menyeluk pekasam biar rendam satu badan!" Bisikan Syaitan yang akan buat kita berputus asa.
Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada diri kita yang DAIF ini apabila esok Malaikat Maut datang menyapa? sedangkan dosa kita tinggi menggunung, malangnya kita asyik leka dan seronok MENUNDA untuk BERTAUBAT dan BERHIJRAH.
Allah sentiasa bersedia untuk menerima taubat kita. "BELUM SAMPAI SERU" is just an excuse for us to escape. Seru dah sampai dari kita dilahirkan.
Dunia adalah tempat kita beribadah, dan isi dunia ada lah PERHIASAN semata. Akhirat nanti amalan kita akan dihisab, tak ada masa lagi untuk beribadah. Dan kehidupan Akhirat adalah KEKAL!
Wallahualam
Assalammualaikum
FSAH
Welcome Note
Assalammualaikum dear brothers and sisters,
Ok, this is my very first entry ever! (yay me!) I'm so excited to do this as I've been meaning to start blogging for quite a while now, so here i am! better late than never kan? :)
Anyways, My name is Sabreena Hadi, I've been educating myself about Islam for quite some time now and I'm here to share (or exchange notes) with you brothers and sisters about what i've learnt and what need to be shared to all my muslim brothers and sisters about the religion of peace.
Moga kita sama-sama mendapat tunjuk ajar dan Nur ke JalanNya. Insyaallah.
I'm still new at this (blogging), so please feel free to beri tunjuk ajar. Insyallah moga kita dirahmati and diberkatiNYA.
Ampunlah kalau formal sangat. Sungguh saya jakun! :D
Jazakallah Khairan Katheeran
Love,

Subscribe to:
Posts (Atom)