Pages

Sunday 1 April 2012

Dilahir sebagai Islam, banggalah!

Rasulullah SAW berusaha untuk bertindak dan berlaku berbeza dari orang Yahudi dan bukan Islam tidak kira dari segi Ibadah, mahupun Adat.

Ada ketika dahulu, Rasulullah berpuasa pada hari Sabtu.. lalu sahabat nya menegur Rasulullah "Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berpuasa pada hari ini sedangkan orang Yahudi sedang berseronok makan-makan" lalu Rasulullah menjawab "Ia, kerana mereka berseronok, maka aku berpuasa".

Solat
Dalam solat dan selepas solat seharian kita, kita dilarang untuk duduk menyendeng, bertongkat kan tangan, kerana perbuatan tersebut adalah cara orang Yahudi duduk, jadi kita dilarang menyerupai mereka.. duduknya seperti orang yang diseksa.

Puasa
Benar bahawa bukan orang Islam sahaja yang berpuasa, tetapi pemisah antara orang Islam dengan Ahli Kitab (Yahudi) adalah pada makan SAHURnya. Ini bermakna, jika kita berpuasa tanpa sahur maka puasa kita tidak ada beza dengan puasa Yahudi. Bukan kerana larat atau tidak larat nya untuk berpuasa, tetapi kerana ia adalah perbuatan yahudi, maka Rasulullah telah berusaha untuk memperbezakan cara Islam dan mereka dengan bersahur. Islam akan menjadi lebih indah jika mereka yang berpuasa, mempercepatkan buka puasa mereka. Orang Yahudi amat gemar melambat-lambatkan buka puasa mereka.

Penanam Jenazah
Sahabat Rasulullah pernah memberitahu Rasulullah bahawa, orang Yahudi juga melakukan penanaman mayat, menanam mayat ke dalam tanah yang digali. Maka terus Rasulullah menyuruh sahabat nya untuk menggali lahad (lubang ke tepi untuk masukkan mayat). Lalu Rasulullah berkata "Biar lubang kubur itu, mereka yang punya. . yang Lahad ini milik kita."

Pakaian
Menutup aurat adalah satu perintah Allah yang akan dipertanggungjawabkan kepada kita di akhirat nanti. Tetapi, kita juga dilarang sama sekali untuk mengenakan pakaian yang boleh meng'identiti'kan diri kita sebagai orang kafir. Seperti wanita muslimah berpakaian seperti Nun, memang pakaiannya menutup aurat tetapi ia tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman dan cenderung kepada kekafiran. Sama juga seperti lelaki bertindik, warna kuku, ber rambut cornrow (Nabi SAW mengumpamakan sebagai rambut Iblis)

Tetapi tak semuanya dilarang oleh Nabi SAW, seperti makan menggunakan sudu dan garpu, macam mana pulak nak makan steak kan? takkan nak ratah macam tu aja, hodoh nampaknya. LOL. or seperti memakai jam dengan tangan kanan (kerana sahabat pernah mengadu dengan Nabi SAW, bahawa orang kafir memakai jam di tangan kiri mereka) tetapi ini tidak menganggu akhlak dan aqidah umat islam. Perkara-perkara ini tidak diconsiderkan sebagai 'Tasyabuh'.

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah SWT. dan juga mereka mempertuhankan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyempah Yang Maha Esa, tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan." At Taubah : 31

Adi bin Hatim yang pernah memakai salib even selepas dia telah masuk Islam, ditegur oleh Nabi SAW, dan disuruh menanggalkannya. Kerana paderi mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT. "Jangan diikuti suruhan/permintaan dan pengaruh mereka kerana mereka akan sentiasa menarik engkau kepada mereka semula"

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." Huud : 113

Kita tidak boleh condong, menyayangi dan mengasihi orang Yahudi (yang boleh mempengaruh akhlak dan aqidah kita). Yahudi dikutuk bukan kerana keYahudiannya, kita tidak pilih untuk dilahirkan dalam bangsa dan agama ini, Yahudi dikutuk kerana perangai buruk mereka. Kekejaman dan kezaliman mereka. Sedangkan Rasulullah SAW pun berbuat baik kepada kaum Yahudi (yang baik).. mereka sakit, Rasulullah SAW pergi melawat. Mereka datang ziarah, Rasulullah SAW layan mereka dengan penuh adab dan hormat. Malah salah seorang isteri nya adalah berdarah Yahudi (Saidatina Sofiyah).

Bila kita mempunyai suatu sifat dan sikap, biarlah ia berpandu dari Al-Quran

Wallahualam

Assalammualaikum
FSAH

2 comments: